Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook

Pujuk Suami Solat 5 Waktu Di Masjid

“Orang lelaki boleh masuk syurga tanpa hisab sebab syahid di medan perang. Pahalanya juga banyak & pantas memasuki syurga kerana solatnya secara berjemaah mendapat pahala 27 kali ganda.”

“Malah dengan membuang ranting ketika dalam perjalanannya (lelaki itu) juga sudah berganda-ganda ganjaran pahalanya (merujuk zaman Rasulullah, di mana wanita tidak/jarang keluar dari rumah).”

Nah, bagaimana kita sebagai kaum wanita dinilai adil sekiranya kita tidak diberi peluang yang sama rata seperti kaum lelaki dalam berbuat pahala?

Hanya dengan mengangkut air, uli tepung, angkut air.. uli tepung…

Maka baginda Rasulullah SAW telah bersabda mafhumnya,

“Selagi mana perempuan itu menjaga solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadan dan mentaati suaminya sepenuhnya maka dia mendapat segala ganjaran sama seperti yang dimiliki suaminya”

Pujuk Suami Solat 5 Waktu Di Masjid

Sebab kalau anda minta suami mengimami solat anda di rumah bersama-sama, anak anda ikut menjadi makmum, maka tidak seorang pun yang berhasil mendapatkan pahala 27 kali ganda. (ikuti sedutan video di atas)

Kerana tempat solat fardhu bagi seorang lelaki adalah di Masjid. Kesemua hadith Nabi Muhammad yang berkisar tentang gandaan pahala apabila bersolat jemaah adalah di Masjid, bukan di rumah. (ikuti sedutan video di atas)

Maka para isteri…

Jagalah solat 5 waktu…

Jagalah puasa di bulan Ramadan…

Dan taatilah suami anda sepenuhnya…

Maka anda akan mendapat pahala yang sama sebagaimana yang dipunguti oleh sang suami.

Pujuklah dia solat fardhu di Masjid, Mintalah dia keluar untuk berdakwah & Senantiasalah anda jaga 3 perkara di atas.

.

Sumber foto utama.

Jangan Terlepas Promosi Arora Fashion Lagi Kali Ini!

Setiap bulan akan diadakan promosi yang berbeza-beza di Arora Fashion. Harapnya kali ini, ada-lah rezeki untuk anda grab promosi kita. Supaya anda tak terlepas, supaya anda jadi yang pertama mengetahuinya, Subscribe-lah email kami sekarang.

Share post ini bersama rakan anda
Share on email
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0